Hidup memerlukan trik trik

Cara Semak Status & Jadual Pembayaran BRIM 2018


Untuk pengetahun semua , Seperti sedia maklum, kerajaan memaklumkan bahawa permohonan BRIM telah pun berakhir semalam iaitu 31 Januari 2018. Jadi kepada sesiapa yang memohon BRIM , boleh untuk membuat semakan BRIM anda.

BACA JUGA :

Pengagihan BR1M 2018 bagi tahun ini akan dibuat secara ansuran 3 kali setahun mulai Februari, Jun dan Ogos 2018. Semakan keputusan atau status permohonan BR1M boleh disemak mulai 1 Februari 2018 manakala semakan status pembayaran ansuran pertama BRIM boleh disemak pada hujung bulan Februari 2018. 

 nie degawan punya permohonan.


- STATUS DEGAWAN BARU DI DAFTARKAN-



  • DIDAFTARKAN - Permohonan berdasarkan data BR1M 2017 yang belum dikemaskini
  • DITERIMA - Permohonan telah dikemaskini berdasarkan borang yang diterima
  • DALAM PROSES - Permohonan dalam proses semakan dan verifikasi kelayakan
  • DITANGGUHKAN - Pemohon perlu membuat kemas kini maklumat permohonan semasa tempoh rayuan
  • LULUS - Permohonan telah diluluskan/ berjaya
  • TIDAK LULUS - Permohonan tidak diluluskan tidak diluluskan/ tidak berjaya
  • STATUS KREDIT TIDAK BERJAYA - Surat makluman lulus Gagal Kredit akan dipos kepada pemohon dan pemohon perlu membawa surat tersebut bersama kad pengenalan asal untuk penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja.


CARA MENYEMAK STATUS KELAYAKAN ANDA ADALAH SEPERTI YANG BERIKUT

1. Klik link: https://ebr1m.hasil.gov.my/DefaultSemakanKeluar.aspx?m=k
   pengguna mobile seperti android boleh mendownload aplikasinya di google play dan 
   app store

2. Masukkan nombor kad pengenalan di kotak ruangan disediakan.







3. Klik Log Masuk. Kemudian, kena jawab dua soalan keselamatan (contohnya: Apakah Emel Yang Telah Didaftarkan, Apakah Nombor Telefon Yang Telah Didaftarkan, Apakah Bandar Yang Telah Didaftarkan)
4. Selepas dah berjaya login, klik SEMAKAN STATUS.




5. Maka terpampang lah details semakan permohonan brim 2018 anda. Dalam proses atau ditangguhkan, lulus atau tidak .



JADUAL PEMBAYARAN BRIM ADALAH SEPERTI BERIKUT 

Berita mengenai BR1M 2018 masuk esok adalah tidak benar sama sekali. Bagi mengelakkan salah faham, berikut adalah jadual rasmi pembayaran BR1M 2018 (tarikh dijangka berubah dari masa ke semasa) bagi sesi tahun ini. Untuk info, pembayaran BR1M 2018 akan dibayar sebanyak tiga kali berturut secara ansuran iaitu pada bulan Februari, Jun dan Ogos 2018. Manakala pembayaran pula mengikut kumpulan secara berperingkat.



p.s: kalau BRIM korang masuk , jangan lupa belanja makan Degawan tau . derma lah degawan , kerana menderma itu dapat pahala disisi Allah. heeee :)

Related : Cara Semak Status & Jadual Pembayaran BRIM 2018

1 Komentar untuk "Cara Semak Status & Jadual Pembayaran BRIM 2018"