Hidup memerlukan trik trik

SUPER BLUE BLOOD MOON HANYA BERLAKU SEKALI DALAM 265 TAHUN

Penduduk di Malaysia akan dapat melihat kombinasi tiga fenomena bulan berlaku serentak iaitu supermoon, ‘bulan biru’ dan ‘gerhana bulan’, hari ini.





Peluang menyaksikan fenomena itu tidak perlu dilepaskan kerana kekerapannya adalah sekali bagi setiap 2,380 bulan penuh iaitu secara purata fenomena sama akan berulang hanya 265 tahun lagi dan berkemungkinan negara kita menjadi negara pelancung awal tahun ini untuk menyaksikan fenomena luar biasa ini.

Hanya 50 peratus penduduk dunia dapat melihat gerhana bulan kerana penduduk di separuh lagi hemisfera bumi berada dalam waktu siang dan tidak dapat melihat gerhana bulan penuh berwarna merah. Malaysia adalah satu dari 50 peratus penduduk yang bertuah untuk menyaksikan fenomena ini.
Supermoon terjadi apabila bulan berada pada jarak kurang daripada 360,000km dari bumi, agak jarang menyaksikan dua kejadian bulan super pada bulan yang sama, begitu juga gerhana bulan penuh terjadi serentak dengan supermoon, ketika bulan penuh mengorbit lebih dekat dengan bumi berbanding biasa, justeru muncul lebih besar dan terang berbanding bulan biasa, malah lebih luar biasa fenomena gerhana bulan penuh berlaku ketika bulan biru.
Blue moon pula bermaksud apabila berlakunya dua kali supermoon dalam jangka masa 1 bulan . Hal ini bermaksud, supermoon sebelum ini pernah berlaku pada 1 januari 2018 .
Fenomena Gerhana Bulan yang akan berlaku esok (hari ini) bermula jam 7.48 malam hingga 11.11 malam. Ini bermakna gerhana sedang berlaku ketika bulan terbit di ufuk timur kecuali Sabah dan Sarawak manakala gerhana bermula selepas bulan terbit.



Berdasarkan pakar astronomi Space.com, kali terakhir gerhana bulan penuh terjadi serentak dengan bulan biru adalah pada 1982 di hemisfera timur dan 1866 di hemisfera barat.

Related : SUPER BLUE BLOOD MOON HANYA BERLAKU SEKALI DALAM 265 TAHUN

3 Komentar untuk "SUPER BLUE BLOOD MOON HANYA BERLAKU SEKALI DALAM 265 TAHUN"