Di waktu musim dingin ini , hot di media sosial tentang turunnya suhu di Malaysia sehingga 21 darjah celcius , malah di bahagian Kundasang dan area Gunung Kinabalu embun ada yang menjadi beku.
Soltis musim panas berbeza dengan soltis musim sejuk , dimana hemisfera selatan mengalami musim sejuk dan hemisfera
utara mengalami musim panas yang panjang Waktu orang-orang barat jemur-jemur badan lah ni . hihihi .
Oleh kerana Australia mengalami musim sejuk , berlaku tekanan yang sangat tinggi dan angin mula bergerak mencari tekanan rendah. Sebagai dampaknya , Malaysia mengalami musim kemarau atau kekurangan hujan . Eh kenapa pula ? sebab pada waktu ini , tekanan angin daripada Australia menuju ke perbukitan yang berada di Sumatera dan menghalang ia sampai ke Malaysia. Pada waktu ini juga , para nelayan boleh mencari rezeki kerana tenangnya air laut .
Namun begitu , kebiasaannya semenanjung Malaysia mengalami kekurangan hujan , tetapi di Sabah biasanya akan mengalami impak yang berbeza kerana pada waktu ini , negara Filipina sering mengalami taufan dan Sabah sering terkena ekor taufan tersebut.
Semoga perkongsian ini buat anda paham apa beza monsun barat daya dan timur laut.
QUIZ
Pada waktu ini, 18 januari 2018, monsun apakah yang melanda Malaysia ? jawab tau ..
Ini bukanlah fenomena yang baru, tetapi ini adalah fenomena kesan daripada monsun timur laut.
Kali ini saya akan membahaskan apa itu monsun timur laut dan monsun barat daya.
APAKAH ITU MONSUN ?
Monsun di ambil daripada perkataan arab yang bermaksud musim , hal ini kerana pedagang pedadang arab yang melalui lautan arab dan lautan india akan menggunakan perkataan ini bagi menjelaskan sistem tiupan angin dari timur laut ( monsun timur laut ) dan barat daya ( monsun barat daya ). Monsun ataupun tiupan angin ini terjadi akibat daripada suhu sejuk (tekanan tinggi) menuju ke suhu panas (tekanan rendah ).
MONSUN TIMUR LAUT
Monsun timur laut adalah , suhu sejuk di Asia Tengah atau pun hemisfera utara ( musim sejuk ) menghasilkan tekanan udara tinggi dan menuju ke Asia tenggara ( Malaysia ) garisan khatulistiwa , dan seterusnya menuju ke Australia ( hemisfera utara) yang pada waktu itu adalah musim panas atau bertekanan rendah . Monsun timur laut juga terjadi disebabkan oleh terjadinya soltis musim dingin/sejuk .
SOLTIS MUSIM DINGIN/SEJUK |
Soltis musim sejuk ini terjadi apabila kedudukan matahari tepat di Garisan Jadi, ( Australia ) dan waktu siangnya lebih panjang ; berbanding pula dengan di garisan sartan , yang malamnya lebih panjang dan berlaku musim sejuk terutama sekali di bahagian Asia tengah , Siberia , Korea , Rusia dan Jepun.
Soltis musim sejuk nie berlaku daripada bulan december hingga bulan march , sbb tu ada turun salji. heee :)
kita kembali pula kepada monsun timur laut, di sebabkan tekanan udara yang tinggi di Rusia , Jepun dan kawasan Asia Tengah , maka angin sejuk akan terbawa ke Asia Tenggara especially Malaysia dan membawa taburan hujan yang banyak dan banyak memberi impak kepada pantai timur semenanjung Malaysia dan juga pantai barat Sarawak Malaysia .
nie adalah info grafik angin daripada kawasan Asia tengah , menuju Siberia dan jepun , seterusnya menghentam kawasan semenanjung timur dan pantai barat sarawak.Monsun tersebut bakal berakhir di kawasan benua Australia.
MONSUN BARAT DAYA
Berbeza dengan Monsun Timur Laut,Monsun Barat Daya adala suhu sejuk di hemisfera selatan ataupun Australia dan menjadikan tekanan udara tinggi di kawasan tersebut sebelum melalui kawasan Asia Tenggara terutama sekali kawasan Sumatera, Indonesia. Monsun Barat Daya juga berlaku pada masa Soltis Musim Panas.
Soltis musim panas berbeza dengan soltis musim sejuk , dimana hemisfera selatan mengalami musim sejuk dan hemisfera
utara mengalami musim panas yang panjang Waktu orang-orang barat jemur-jemur badan lah ni . hihihi .
Oleh kerana Australia mengalami musim sejuk , berlaku tekanan yang sangat tinggi dan angin mula bergerak mencari tekanan rendah. Sebagai dampaknya , Malaysia mengalami musim kemarau atau kekurangan hujan . Eh kenapa pula ? sebab pada waktu ini , tekanan angin daripada Australia menuju ke perbukitan yang berada di Sumatera dan menghalang ia sampai ke Malaysia. Pada waktu ini juga , para nelayan boleh mencari rezeki kerana tenangnya air laut .
Namun begitu , kebiasaannya semenanjung Malaysia mengalami kekurangan hujan , tetapi di Sabah biasanya akan mengalami impak yang berbeza kerana pada waktu ini , negara Filipina sering mengalami taufan dan Sabah sering terkena ekor taufan tersebut.
Semoga perkongsian ini buat anda paham apa beza monsun barat daya dan timur laut.
QUIZ
Pada waktu ini, 18 januari 2018, monsun apakah yang melanda Malaysia ? jawab tau ..
2 Komentar untuk "MONSUN TIMUR LAUT DAN BARAT DAYA DAN KESANNYA"
pada bula januari.malaysia di monsoon timur laut.erti kata lain.musim tengkujuh.
typo...*bulan & malaysia di landa